Assalamualaikum rakan-rakan pembaca. Apa khabar? Saya percaya ada di antara anda yang memang tercari-cari kerja part time.
Pernah dengar tak ungkapan 9/10 daripada sumber rezeki adalah daripada berniaga. Maka saya sarankan anda untuk anda membina sendiri bisnes anda walaupun secara kecil-kecilan.
Caranya anda perlu kenalpasti :
1. berapa modal yang anda ada
2. apakah minat/hobi yang anda biasa atau mudah anda lakukan semasa masa lapang
3. apakah kemahiran yang anda ada
Walaupun saya seorang pengedar Public Gold, tak semestinya saya cadangkan anda berniaga emas. Namun begitu saya juga cuba berikan beberapa panduan kepada anda jika anda mempunyai modal yang terhad.
Antaranya:
a) sebagai agen dropship produk kecantikan seperti minyak wangi, top up dsb
b) sebagai agen produk kegunaan rumah seperti Cosway, Avon, Tupperware dll
c) sebagai bos
Untuk kategori a) dan b) saya pasti anda sudah sedia maklum. Modalnya tak perlu banyak, produk tak perlu sediakan. Cuma ambil upah komisen atas setiap jualan.
Apa kata anda sendiri jadi bos?
Anda buka sendiri perniagaan anda.
Masa inilah anda kenalpasti apa kemahiran yang anda ada.
Jika anda pandai memasak, anda boleh menjual hasil masakan anda seperti gerai nasi lemak, gerai burger, kek hiasan, muffin, crepe, teh kocok, pisang cheese, kuih muih, tat, puding dll.
Anda juga boleh menjadi peniaga online dengan menjual e-book resepi.
Anda juga boleh menjadi kreatif dengan menganjurkan sendiri kursus masakan dengan menyewa premis rumah selama 2@ 3 hari. Hasil kutipan yuran untuk kelas masakan memang menguntungkan.
Jika anda pandai menjahit, anda boleh mengambil upah menjahit pakaian semasa musim perayaan.
Anda juga boleh menjahit pelbagai jenis pakaian kanak-kanak dan memasarkan dalam blog atau facebook. Kos pemasaran adalah PERCUMA!!
Seorang pelajar saya telah membuktikannya dengan mengiklankan baju kanak-kanak dalam facebook. Semuanya dijahit oleh ibunya. Dan dia mendapat tempahan dari seluruh negara kerana gaun dan baju tidur kanak-kanak yang dijahit ibunya sangat cantik dan kemas.
Selain daripada menjahit pakaian, anda juga boleh menjahit set cadar, set bengkung ibu dan bayi, set tilam dan bantal bayi, lampin bayi dan sebagainya.
Jika anda pandai merekacipta alat, anda boleh memasarkan produk rekaan anda seperti juga pelajar saya yang mereka alat untuk melancarkan roket botol air. Alhamdulillah setiap bulan dia mendapat tempahan daripada ramai cikgu sains yang berminat untuk menggunakan pelancar roketnya untuk projek sains sekolah.
Jika anda berminat menghias atau pandai make -up, anda boleh kerja part time dengan berkolaborasi dengan mana-mana butik/perunding perkahwinan yang anda kenal. Lumayan juga. Lagipun kerja ni banyak ditempah pada waktu cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Memang tidak mengganggu waktu kerja anda.
Jika anda ada kamera DSLR yang canggih, boleh jadi photographer bebas atau juga berkolaborasi dengan perunding perkahwinan.
Jika anda suka online dalam media sosial seperti facebook, anda juga boleh jana wang. Ada banyak kursus yang boleh mendedahkan anda tentang potensi facebook sebagai penjana wang anda.
Wah dah banyak ni contoh kerja part time. Sebenarnya kerja-kerja yang kita pandang rendah seperti menjual air minuman, burger, pisang goreng, keropok goreng di tepi jalan, itulah kerja yang sangat berkat. Kita dapat pahala sebab dapat memberikan nikmat kenyang dan nikmat hilang dahaga kepda pembeli. Dan sebenarnya berniaga gerai ini sangat lumayan. Modal kecil tapi untung besar.
Insya Allah jika anda berani dan bersedia serta mempunyai azam yang tinggi, anda sebenarnya mampu untuk berniaga sendiri.
Saya juga berniaga part time. Selain daripada kerja hakiki iaitu mengajar, saya juga berniaga. Berniaga emas Public Gold. Ada juga perniagaan lain yang saya ceburi. Jual Detox Foot Patch dan suplemen kesihatan Shaklee. Semuanya part time. Alhamdulillah. Walaupun saya kurang aktif, tapi saya dapat kenal ramai kawan baru.
Suami saya juga berniaga. Berniaga sate dan menjadi house keeper untuk homestay keluarga saya. Beliau sebelum ini hanya menganggur. Graduan pendidikan yang menunggu panggilan untuk kerja sebagai pendidik seperti saya tapi tidak bernasib baik. Kerja makan gaji sebelum ini memerlukan komitmen yang membataskan masa bersama keluarga. Maka beliau mengambil keputusan untuk bekerja sendiri.
Jika anda ada idea untuk memulakan kerja part time, kemukakan di sini dan mulakan langkah pertama anda. Insya Allah jika saya ada petua yang sesuai, saya akan sumbangkan kepada anda. Yang sudah memulakan kerja part time boleh juga kemukakan pengalaman anda di sini.
Insya Allah anda akan berjaya jika anda mempunyai niat yang betul, melakukan kerja anda dengan betul dan pastikan ia HALAL dari segi syariah. Elakkan MLM, skim cepat kaya dan sistem kutu yang mungkin boleh menyebabkan modal anda hangus begitu sahaja.
Jika berminat untuk membeli Sate Ayam Padang Nenas boleh hubungi saya
Azlida 0139804508 (tel/whatsapp//sms)
Read More