November 13, 2012

Hantaran kahwin guna dinar



Assalamualaikum dan salam Deepavali kepada yang menyambut hari perayaan ini. Apa khabar, dah beli emas belum?  (hehe..soalan keramat saya)

Bagaimana dengan kehidupan anda sekarang? Semakin berseri atau semakin muram? Bagi bakal pengantin, mestilah hari-hari anda yang akan datang bertambah ceria dan bercahaya. Al-maklumlah, sekarang ni musin cuti sekolah, ramai betul yang melangsungkan perkahwinan dalam temph 2 bulan terakhir tahun ini.

Baiklah sahabat-sahabat sekalian, hari ni saya nak kongsi satu ilmu berkenaan dengan penggunaan dinar sebagai mas kahwin dalam perkahwinan. 

Satu hadis diriwayatkan oleh Muslim: 

Abu Salamah Ibnu Abdurrahman Radliyallaahu 'anhu berkata:
 "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a: 'Berapakah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.'
 Ia berkata: 'Mas kahwin beliau kepada istrinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy'. 
Ia bertanya: 'Tahukah engkau apa itu nasy?'
 Ia berkata: 'Aku menjawab: Tidak'. 
Aisyah berkata: 'Setengah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham'. 

Inilah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kepada para isterinya."

Begitulah sejak dari zaman Rasulullah lagi penggunaan emas sebagai mas kahwin sudah lama bermula. Sahabat-sahabat yang belum lagi mendirikan perkahwinan bolehlah mengikut sunnah Rasulullah. Ini tak, asyik sebut sunnah Rasulullah kahwin 4, tapi sunnah lain tak ikut pulak (bergurau je, jangan marah!!)

Kesimpulannya, sesuai juga beli dinar buat mas kahwin atau hantaran kahwin. Kat Terengganu ni nilai mas kahwin adalah nilai hantaran kahwin. Kalau bakal isteri tu ada ijazah harus RM10k mas kahwin dia. Jadi tak payah susah-susah pening kepala, beli je dinar dalam 14 keping. 

1 keping dinar dalam RM751 (harga hari ini). 
Kalau 14 keping x rm751 = RM 10614. 
Beli awal2, nanti tahun depan nilai dinar ni dah naik lagi. Beruntung isteri yang tercinta. 

Kalau ikutkan tahun 2010 dulu, 1 dinar harganya hanya RM580 sahaja. Masa tu, kalau dah beli 14 keping 1 dinar, modalnya hanya RM8120. 

Semakin ramai pengantin yang guna dinar sebagai mas kahwin, artis juga tak ketinggalan seperti M Nasir, Irma Hasmie dan ramai lagi. Glemer gitu.


No comments:

Post a Comment

About Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed By Seo Blogger Templates