November 20, 2012
Perisian antivirus paling berkesan - MSE
Assalammualaikum, kawan-kawan. Dah beli emas belum? Biasa la soalan sama je,
Kali ni saya nak share satu post berkaitan dengan masalah komputer ni. Ye la asyik kena serang virus durjana je, susah hati gak nak menggodek-godek internet.
Anda pernah alami masalah gangguan virus komputer? Ya, saya pernah.
Faktor serangan virus :
a) selalu buka pop-up window yang berunsurkan iklan-iklan
b) download game dari laman web online game
Apa yang berlaku apabila komputer diceroboh virus:
a) komputer jadi lembab
b) asyik keluar shortcut yang sebelum ni tak pernah keluar
c)antivirus ada keluar warning tapi tak beri penyelesaian terbaik
d) anda pun pening kepala nak kuar duit nak format balik komputer bila komputer dah tak boleh berfungsi dengan baik
Penyelesaian :
1. Pakai antivirus terbaik yang berbayar seperti Kaspersky (lesen dalam RM60 setahun) ATAU
2. Pakai Microsoft Security Essential seperti yang saya pakai sekarang. Free of charge tapi BERBALOI.
Rakan-rakan boleh download Microsoft Security Essential di sini --> http://windows.microsoft.com/en-US/windows/security-essentials-down
Tapi ada satu SYARAT: Anda kena pastikan komputer anda pakai WINDOWS original. Kalau pirate say bye bye.
Ok, jumpa lagi. Adios.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment