November 23, 2012

Apabila anak demam

Assalamualaikum kawan-kawan, apa khabar, sihat tak? Alhamdulillah.

Ok, kali ni saya nak post satu entry berkaitan dengan gejala tidak sihat ni. Jangan salah faham plak, maksud saya tabiat anak suka demam ni. Tak suka tapi selalu kena.

Nak buat macammana, kalau dah ada anak, wajib le melalui fasa menjaga anak semasa demam. Kalau anak anda tak pernah demam dari lahir sampai dewasa, itu namanya ajaib bin pelik. hehehe

Mula-mula sekali jangan risau kalau anak anda demam. Tu tandanya mereka nak menyesuaikan diri dengan kuman-kuman di sekeliling. Banyak kuman kat atas muka bumi ni. Entah berapa bilion Wallahua'alam. Setiap kali mereka jumpa kuman baru, setiap kalilah mereka akan demam. Ala, cara mereka nak berkenalan dah memang gitu. Nanti dah besar kalau mereka jumpa kuman yang sama, mereka takkan demam lagi. Cuma ibu bapa kena beri perhatian khusus untuk anak yang berumur bawah 10 tahun kerana mereka berisiko untuk mengalami sawan jika suhu badan semasa demam melebihi  380C

Jadi, ada beberapa langkah yang perlu diambil sebelum/semasa/selepas mereka jatuh sakit ni :

1. Pastikan sentiasa ada termometer di rumah.


Saya pakai yang jenis ni la. Alhamdulillah, lasak je dibaling, disepit di celah-celah laci dll keganasan. pakai yang letak kat dahi takpe
Apabila suhu badan kanak-kanak melebihi 36.0 0C , ini bermakna anak anda demam.

2. Selalu sediakan ubat demam seperti paracetamol beserta syringe di rumah.

 Tak kira lah paracetamol jenama apa pun, Panadol ke, mana2 ubat demam yang konfirm ada paracetamol dalam kandungan dia boleh simpan. Cuma anda kena kenalpasti kandungan 120ml ke, 250 ml ke ha kena sukat betul2 kang terlebih sukatan jadi overdose. terkurang sukatan x beri kesan memulihkan plak. Untuk kanak-kanak bawah 2 tahun yang demamnya terlalu kuat (380C ke atas ), boleh bagi ubat demam yang masuk ikut bontot :(jangan bagi ubat minum serentak dengan ubat bontot-nanti overdose)

Cara makan :

a) Kalau makan 4 kali sehari : setkan masa 6 pg-12 tghari- 6 ptg -12 tghmlm
                                                    (takpe x ikut sangat aturan masanya, janji makan 4x sehari)

b) Kalau makan 3 kali sehari : setkan masa 8 pg - 4 ptg - 10 mlm

3. Juga sediakan ibuprofen (ubat tahan sakit). Kadang-kadang budak-budak ni sakit otot, atau sakit kerana suntikan dan sebagainya. Sekiranya demam mereka terlalu kuat, kita boleh bagi ibuprofen 2jam selepas bagi paracetamol ATAU bagi serentak dengan paracetamol terus.



4. Sentiasa basahkan kepala mereka dengan air supaya haba tidak banyak terkumpul menyebabkan suhu yang melampau dan mengundang sawan otak. Jeram selalu kepala, biar selalu basah rambutnya. Kalau letak koolfever tak berapa berkesan. Letak aje tuala basah atas dahi mereka.


 5.  Ajak anak-anak mandi walaupun sekejap supaya suhu badan mereka turun. Jangan mandi dengan air yang terlalu sejuk dan suam. Mandikan dengan air paip biasa. Memang mereka akan terketar-ketar tapi pujuklah mereka supaya bertahan. Kadang-kadang saya dan kakak saya rendamkan terus anak dalm baldi. Macam kejam dan zalim je kedengaran.

6. Pakaikan baju yang nipis dan lembap. Kejam tak habis lagi ni. Kalau mereka nak selimut pun, bagi selimut paling nipis yang pernah korang jumpa dalam dunia ni. Apa rasionalnya ? Tak nak bagi haba berkumpul di sekeliling badan mereka.

7. Masa demam ni kadang-kadang reda suhunya. kadang-kadang naik semula. Normal lah tu suhu turun sebab tindakbalas ubat. Bila habis kesan ubat, naik semula suhunya. Jadi jika tak nak bagi anak anda rasa letih semasa suhu badan naik semula, pastikan anak sentiasa makan ubat ikut aturan. Jadi suhu badannya tidak akan naik selagi kesan ubat sentiasa disambung-sambung. Teruskan makan ubat dan boleh berhenti apabila anak anda sudah kembali ceria, makan seperti biasa dan aktif semula.

8. Kalau demam tak surut juga lebih daripada seminggu atau tidak makan lebih daripada 2 hari, lebih baik bawa pergi klinik/hospital. Doktor tahu apa yang perlu dibuat.Mungkin ada penyakit lain yang menyerang anak anda seperti tonsil bengkak, masalah organ dalaman dan sebagainya. Doktor akan buat pemeriksaan darah untuk melihat kandungan darah dan menguji adanya jangkitan kuman ke tidak, buat X-ray untuk periksa organ dalaman seperti jantung dan sebagainya.

9. Akhir kata, berdoa dan bertawakallah kepada Allah yang maha berkuasa. Pengorbanan kita menjaga anak semasa sihat dan sakit sehingga tidak tidur malam sangatlah besar.  





No comments:

Post a Comment

About Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed By Seo Blogger Templates