November 23, 2012

Apabila anak demam

Assalamualaikum kawan-kawan, apa khabar, sihat tak? Alhamdulillah.

Ok, kali ni saya nak post satu entry berkaitan dengan gejala tidak sihat ni. Jangan salah faham plak, maksud saya tabiat anak suka demam ni. Tak suka tapi selalu kena.

Nak buat macammana, kalau dah ada anak, wajib le melalui fasa menjaga anak semasa demam. Kalau anak anda tak pernah demam dari lahir sampai dewasa, itu namanya ajaib bin pelik. hehehe

Mula-mula sekali jangan risau kalau anak anda demam. Tu tandanya mereka nak menyesuaikan diri dengan kuman-kuman di sekeliling. Banyak kuman kat atas muka bumi ni. Entah berapa bilion Wallahua'alam. Setiap kali mereka jumpa kuman baru, setiap kalilah mereka akan demam. Ala, cara mereka nak berkenalan dah memang gitu. Nanti dah besar kalau mereka jumpa kuman yang sama, mereka takkan demam lagi. Cuma ibu bapa kena beri perhatian khusus untuk anak yang berumur bawah 10 tahun kerana mereka berisiko untuk mengalami sawan jika suhu badan semasa demam melebihi  380C

Jadi, ada beberapa langkah yang perlu diambil sebelum/semasa/selepas mereka jatuh sakit ni :

1. Pastikan sentiasa ada termometer di rumah.


Saya pakai yang jenis ni la. Alhamdulillah, lasak je dibaling, disepit di celah-celah laci dll keganasan. pakai yang letak kat dahi takpe
Apabila suhu badan kanak-kanak melebihi 36.0 0C , ini bermakna anak anda demam.

2. Selalu sediakan ubat demam seperti paracetamol beserta syringe di rumah.

 Tak kira lah paracetamol jenama apa pun, Panadol ke, mana2 ubat demam yang konfirm ada paracetamol dalam kandungan dia boleh simpan. Cuma anda kena kenalpasti kandungan 120ml ke, 250 ml ke ha kena sukat betul2 kang terlebih sukatan jadi overdose. terkurang sukatan x beri kesan memulihkan plak. Untuk kanak-kanak bawah 2 tahun yang demamnya terlalu kuat (380C ke atas ), boleh bagi ubat demam yang masuk ikut bontot :(jangan bagi ubat minum serentak dengan ubat bontot-nanti overdose)

Cara makan :

a) Kalau makan 4 kali sehari : setkan masa 6 pg-12 tghari- 6 ptg -12 tghmlm
                                                    (takpe x ikut sangat aturan masanya, janji makan 4x sehari)

b) Kalau makan 3 kali sehari : setkan masa 8 pg - 4 ptg - 10 mlm

3. Juga sediakan ibuprofen (ubat tahan sakit). Kadang-kadang budak-budak ni sakit otot, atau sakit kerana suntikan dan sebagainya. Sekiranya demam mereka terlalu kuat, kita boleh bagi ibuprofen 2jam selepas bagi paracetamol ATAU bagi serentak dengan paracetamol terus.



4. Sentiasa basahkan kepala mereka dengan air supaya haba tidak banyak terkumpul menyebabkan suhu yang melampau dan mengundang sawan otak. Jeram selalu kepala, biar selalu basah rambutnya. Kalau letak koolfever tak berapa berkesan. Letak aje tuala basah atas dahi mereka.


 5.  Ajak anak-anak mandi walaupun sekejap supaya suhu badan mereka turun. Jangan mandi dengan air yang terlalu sejuk dan suam. Mandikan dengan air paip biasa. Memang mereka akan terketar-ketar tapi pujuklah mereka supaya bertahan. Kadang-kadang saya dan kakak saya rendamkan terus anak dalm baldi. Macam kejam dan zalim je kedengaran.

6. Pakaikan baju yang nipis dan lembap. Kejam tak habis lagi ni. Kalau mereka nak selimut pun, bagi selimut paling nipis yang pernah korang jumpa dalam dunia ni. Apa rasionalnya ? Tak nak bagi haba berkumpul di sekeliling badan mereka.

7. Masa demam ni kadang-kadang reda suhunya. kadang-kadang naik semula. Normal lah tu suhu turun sebab tindakbalas ubat. Bila habis kesan ubat, naik semula suhunya. Jadi jika tak nak bagi anak anda rasa letih semasa suhu badan naik semula, pastikan anak sentiasa makan ubat ikut aturan. Jadi suhu badannya tidak akan naik selagi kesan ubat sentiasa disambung-sambung. Teruskan makan ubat dan boleh berhenti apabila anak anda sudah kembali ceria, makan seperti biasa dan aktif semula.

8. Kalau demam tak surut juga lebih daripada seminggu atau tidak makan lebih daripada 2 hari, lebih baik bawa pergi klinik/hospital. Doktor tahu apa yang perlu dibuat.Mungkin ada penyakit lain yang menyerang anak anda seperti tonsil bengkak, masalah organ dalaman dan sebagainya. Doktor akan buat pemeriksaan darah untuk melihat kandungan darah dan menguji adanya jangkitan kuman ke tidak, buat X-ray untuk periksa organ dalaman seperti jantung dan sebagainya.

9. Akhir kata, berdoa dan bertawakallah kepada Allah yang maha berkuasa. Pengorbanan kita menjaga anak semasa sihat dan sakit sehingga tidak tidur malam sangatlah besar.  



Read More

November 22, 2012

Mainan untuk anak-anak

Assalamualaikum, kawan-kawan. Apa khabar? Dah beli emas ke belum? Kalau berminat nak beli/ mencari ilmu pasal emas ni, boleh hubungi saya. Insya Allah saya boleh bantu .

Semalam bawa anak-anak pergi lawat nenek kat kampung. Bestnya budak-budak ni tengok pak sedara diorang beli pool besar. Apa lagi, terus terjun dalam tu belum isi air pun lagi. Seronoknya tengok diorang mandi.

Mula la terfikir nak beli jugak pool tapi biar siap ada gelongsor lagi. Tapi nak cari kat mana kalau duduk Kuala Terengganu ni je. Nak g Mesra Mall jauh plak nak bawak anak-anak aktif ni. Jadi godek-godek sambil mintak tolong pakcik Google, ada banyak laman web yang jual toys online. tapi mahal jugak harganya. Terkejut maknya tengok harga. Terjegil biji mata.

Godek lagi jumpalah satu lana web sosial facebook Yana I-One ni. Banyak plaing tools yang dijual. Murah-murah plak tu. Rasa macam nak beli pool yang ni je. :)

Read More

November 20, 2012

Perisian antivirus paling berkesan - MSE



Assalammualaikum, kawan-kawan. Dah beli emas belum? Biasa la soalan sama je,

Kali ni saya nak share satu post berkaitan dengan masalah komputer ni. Ye la asyik kena serang virus durjana je, susah hati gak nak menggodek-godek internet.

Anda pernah alami masalah gangguan virus komputer? Ya, saya pernah.

Faktor serangan virus :
a) selalu buka pop-up window yang berunsurkan iklan-iklan
b) download game dari laman web online game

Apa yang berlaku apabila komputer diceroboh virus:
a) komputer jadi lembab 
b) asyik keluar shortcut yang sebelum ni tak pernah keluar
c)antivirus ada keluar warning tapi tak beri penyelesaian terbaik
d) anda pun pening kepala nak kuar duit nak format balik komputer bila komputer dah tak boleh berfungsi dengan baik

Penyelesaian :
1. Pakai antivirus terbaik yang berbayar seperti Kaspersky (lesen dalam RM60 setahun) ATAU


2. Pakai Microsoft Security Essential seperti yang saya pakai sekarang. Free of charge tapi BERBALOI.

Rakan-rakan boleh download Microsoft Security Essential di sini -->  http://windows.microsoft.com/en-US/windows/security-essentials-down

Tapi ada satu SYARAT: Anda kena pastikan komputer anda pakai WINDOWS original. Kalau pirate say bye bye.

Ok, jumpa lagi. Adios.
Read More

November 13, 2012

Hantaran kahwin guna dinar



Assalamualaikum dan salam Deepavali kepada yang menyambut hari perayaan ini. Apa khabar, dah beli emas belum?  (hehe..soalan keramat saya)

Bagaimana dengan kehidupan anda sekarang? Semakin berseri atau semakin muram? Bagi bakal pengantin, mestilah hari-hari anda yang akan datang bertambah ceria dan bercahaya. Al-maklumlah, sekarang ni musin cuti sekolah, ramai betul yang melangsungkan perkahwinan dalam temph 2 bulan terakhir tahun ini.

Baiklah sahabat-sahabat sekalian, hari ni saya nak kongsi satu ilmu berkenaan dengan penggunaan dinar sebagai mas kahwin dalam perkahwinan. 

Satu hadis diriwayatkan oleh Muslim: 

Abu Salamah Ibnu Abdurrahman Radliyallaahu 'anhu berkata:
 "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a: 'Berapakah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam.'
 Ia berkata: 'Mas kahwin beliau kepada istrinya ialah dua belas uqiyyah dan nasy'. 
Ia bertanya: 'Tahukah engkau apa itu nasy?'
 Ia berkata: 'Aku menjawab: Tidak'. 
Aisyah berkata: 'Setengah uqiyyah, jadi semuanya lima ratus dirham'. 

Inilah mas kahwin Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam kepada para isterinya."

Begitulah sejak dari zaman Rasulullah lagi penggunaan emas sebagai mas kahwin sudah lama bermula. Sahabat-sahabat yang belum lagi mendirikan perkahwinan bolehlah mengikut sunnah Rasulullah. Ini tak, asyik sebut sunnah Rasulullah kahwin 4, tapi sunnah lain tak ikut pulak (bergurau je, jangan marah!!)

Kesimpulannya, sesuai juga beli dinar buat mas kahwin atau hantaran kahwin. Kat Terengganu ni nilai mas kahwin adalah nilai hantaran kahwin. Kalau bakal isteri tu ada ijazah harus RM10k mas kahwin dia. Jadi tak payah susah-susah pening kepala, beli je dinar dalam 14 keping. 

1 keping dinar dalam RM751 (harga hari ini). 
Kalau 14 keping x rm751 = RM 10614. 
Beli awal2, nanti tahun depan nilai dinar ni dah naik lagi. Beruntung isteri yang tercinta. 

Kalau ikutkan tahun 2010 dulu, 1 dinar harganya hanya RM580 sahaja. Masa tu, kalau dah beli 14 keping 1 dinar, modalnya hanya RM8120. 

Semakin ramai pengantin yang guna dinar sebagai mas kahwin, artis juga tak ketinggalan seperti M Nasir, Irma Hasmie dan ramai lagi. Glemer gitu.
Read More

About Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed By Seo Blogger Templates