Baru-baru ini saya mendapat satu perkhabaran yang amat menggembirakan
daripada suami saya sendiri. Khabarnya ialah nasib 10715 graduan
pendidkan yang menganggur akan diberi petempatan. Kenapa saya cakap itu
perkhabaran yang amat menggembirakan? Kerana suami saya adalah salah
sorang daripada 10715 orang yang bernasib ‘baik’ itu. Dari mana pula
suami saya dapat maklumat itu? Daripada suratkhabar Utusan Malaysia
bertarikh 6 Oktober 2012. Kita boleh baca maklumat penuh daripada link
ini :
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121006/dn_02/10715-graduan-guru-diberi-penempatan
Berdasarkan maklumat yang dibaca dalam suratkhabar itu, didapati bahawa graduan yang telah menamatkan pengajian sebelum 1 Julai 2012 akan dipanggil temuduga dan diberi penempatan interim bermula 16 Oktober. Hari ini berpa haribulan, ya? Ya, hari ni dah 12Oktober. Masalahnya suami saya belum dapat mana-mana panggilan pun untuk menghadiri temuduga. Apatahlagi untuk diberi penempatan. Sedangkan beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di UTM Skudai pada 8 Mei 2012 !
Mungkin ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan antara pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dengan IPTA-IPTA sebelum mereka dapat mengeluarkan surat tawaran temuduga kepada graduan ini. Saya dah buka pun laman web SPP yang menguruskan proses temuduga /penempatan guru pada 9 Oktober lepas tapi tiada kemaskini dalam web berkenaan mengenai tajuk berita suratkhabar yang menjadi isu sensasi sejak sekian lama ni.
Harapan saya..emm harapan kami suami isteri agar isu penempatan ini dapat diselesaikan segera. Kesian saya tengok suami saya bekerja keras sebagai pekerja am kerana mahu menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Mujurlah pendapatan saya sudah memadai, tetapi rasa tanggungjawab beliau sebagai suami menyebabkan beliau tidak mahu bergantung sepenuhnya kepada pendapatan isteri. Alhamdulillah, kami dapat hidup dengan aman bahagia sentosa. Tidak apa pun pendapatan tak mewah macam orang lain. Malah suami juga menggalakkan saya memulakan sedikit simpanan dalam bentuk emas supaya rezeki kami tidak tergugat malah akan selalu bertambah setiap tahun. Insya Allah.
Read More