July 29, 2016

Harga Sate Ayam Sedap 2016 Kuala Nerus Terengganu


Gambar sate ayam mentah yang bersedia untuk dibakar untuk rumah terbuka hari raya 

Harga sate ayam untuk 100 cucuk

Mentah                                    RM50
Siap bakar                               RM60  

Add on :

Kuah kacang (1 kg)                  RM10
Nasi himpit mini (10 pek)          RM 6

COD area Kuala Nerus, Kuala Terengganu
atau boleh datang ambil sendiri di perkarangan Masjid Padang Nenas

hubungi saya / suami saya

Kak Azlida 013 9804508 (sms/tel/whatsapp)
Abg Ayie   013 9149645  (sms/tel)

Like fb page kami : Sate Ayam Padang Nenas 

    


Read More

April 18, 2015

Pelancar roket air terkini (baru lancar april 2015) - water rocket launcher. Tempah sekarang!!!

Assalamualaikum..dan salam sejahtera..model baru telah dilancarkan....berikut adalah spesifikasi model terbaru daripada kami..
Spesifikasi:

1-mempunyai water inlet
2-mempunyai air inlet
3-mempunyai water/air outlet(drain)
4-sudut boleh dilaraskan daripada 10-90 darjah
5-mempunyai pengukur kestabilan tapak
6-kestabilan tapak boleh dilaras
7-berat tapak boleh diubah (bergantung kepada pengguna)
8-pelancaran menggunakan brek(tangan)
9-stopper botol senang diselenggara
10-tapak pelancar dan tapak kawalan boleh di pisahkan (split unit)
11-mempunyai meter tekanan(pressure gauge)
12-mudah diselenggara
13-tapak tahan karat
14-peralatan yang rosak mudah ditukar
15-maksima tekanan 90psi
16-warna hitam
17-mudah dicuci


Peralatan yang dibekalkan
1-seunit pam tangan
2-satu set peralatan ganti (spare parts & tools)
3-storage box
4-manual book(pdf/hardcopy)
5-set pelancar dan set kawalan(beserta meter tekanan)


Harga : RM500

*penghantaran adalah percuma -semenanjung/sabah & serawak
*tempahan akan siap dalam masa 2 minggu(maksima)
*penghantaran akan dibuat setiap ahad
 

Segala pertanyaan boleh hubungi
Firdaus-014-5079074 (whatsapp/call/sms 24 hour)


atau like facebook Firtech Trading 
 
Read More

August 23, 2013

Bisnes Part time / Kerja part time

Assalamualaikum rakan-rakan pembaca. Apa khabar? Saya percaya ada di antara anda yang memang tercari-cari kerja part time.

Pernah dengar tak ungkapan 9/10 daripada sumber rezeki adalah daripada berniaga. Maka saya sarankan anda untuk anda membina sendiri bisnes anda walaupun secara kecil-kecilan.

Caranya anda perlu kenalpasti :
1.  berapa modal yang anda ada
2. apakah minat/hobi yang anda biasa atau mudah anda lakukan semasa masa lapang
3. apakah kemahiran yang anda ada

Walaupun saya seorang pengedar Public Gold, tak semestinya saya cadangkan anda berniaga emas. Namun begitu saya juga cuba berikan beberapa panduan kepada anda jika anda mempunyai modal yang terhad.

Antaranya:
a) sebagai agen dropship produk kecantikan seperti minyak wangi, top up dsb
b) sebagai agen produk kegunaan rumah seperti Cosway, Avon, Tupperware dll
c) sebagai bos

Untuk kategori a) dan b) saya pasti anda sudah sedia maklum. Modalnya tak perlu banyak, produk tak perlu sediakan. Cuma ambil upah komisen atas setiap jualan.

Apa kata anda sendiri jadi bos?

Anda buka sendiri perniagaan anda.

Masa inilah anda kenalpasti apa kemahiran yang anda ada.

Jika anda pandai memasak, anda boleh menjual hasil masakan anda seperti gerai nasi lemak, gerai burger, kek hiasan, muffin, crepe, teh kocok, pisang cheese, kuih muih, tat, puding dll. 
Anda juga boleh menjadi peniaga online dengan menjual e-book resepi.
Anda juga boleh menjadi kreatif dengan menganjurkan sendiri kursus masakan dengan menyewa premis rumah selama 2@ 3 hari. Hasil kutipan yuran untuk kelas masakan memang menguntungkan.

Jika anda pandai menjahit, anda boleh mengambil upah menjahit pakaian semasa musim perayaan.
Anda juga boleh menjahit pelbagai jenis pakaian kanak-kanak dan memasarkan dalam blog atau facebook. Kos pemasaran adalah PERCUMA!!
Seorang pelajar saya telah membuktikannya dengan mengiklankan baju kanak-kanak dalam facebook. Semuanya dijahit oleh ibunya. Dan dia mendapat tempahan dari seluruh negara kerana gaun dan baju tidur kanak-kanak yang dijahit ibunya sangat cantik dan kemas.
Selain daripada menjahit pakaian, anda juga boleh menjahit set cadar, set bengkung ibu dan bayi, set tilam dan bantal bayi, lampin bayi dan sebagainya.

Jika anda pandai merekacipta alat, anda boleh memasarkan produk rekaan anda seperti juga pelajar saya yang mereka alat untuk melancarkan roket botol air. Alhamdulillah setiap bulan dia mendapat tempahan daripada ramai cikgu sains yang berminat untuk menggunakan pelancar roketnya untuk projek sains sekolah.

Jika anda berminat menghias atau pandai make -up, anda boleh kerja part time dengan berkolaborasi dengan mana-mana butik/perunding perkahwinan yang anda kenal. Lumayan juga. Lagipun kerja ni banyak ditempah pada waktu cuti hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah. Memang tidak mengganggu waktu kerja anda. 

Jika anda ada kamera DSLR yang canggih, boleh jadi photographer bebas atau juga berkolaborasi dengan perunding perkahwinan. 

Jika anda suka online dalam media sosial seperti facebook, anda juga boleh jana wang. Ada banyak kursus yang boleh mendedahkan anda tentang potensi facebook sebagai penjana wang anda.

Wah dah banyak ni contoh kerja part time.  Sebenarnya kerja-kerja yang kita pandang rendah seperti menjual air minuman, burger, pisang goreng, keropok goreng di tepi jalan, itulah kerja yang sangat berkat. Kita dapat pahala sebab dapat memberikan nikmat kenyang dan nikmat hilang dahaga kepda pembeli. Dan sebenarnya berniaga gerai ini sangat lumayan. Modal kecil tapi untung besar.

Insya Allah jika anda berani dan bersedia serta mempunyai azam yang tinggi, anda sebenarnya mampu untuk berniaga sendiri. 

Saya juga berniaga part time. Selain daripada kerja hakiki iaitu mengajar, saya juga berniaga. Berniaga emas Public Gold. Ada juga perniagaan lain yang saya ceburi. Jual Detox Foot Patch dan suplemen kesihatan Shaklee. Semuanya part time. Alhamdulillah. Walaupun saya kurang aktif, tapi saya dapat kenal ramai kawan baru.

Suami saya juga berniaga. Berniaga sate dan menjadi house keeper untuk homestay keluarga saya. Beliau sebelum ini hanya menganggur. Graduan pendidikan yang menunggu panggilan untuk kerja sebagai pendidik seperti saya tapi tidak bernasib baik. Kerja makan gaji sebelum ini memerlukan komitmen yang membataskan masa bersama keluarga. Maka beliau mengambil keputusan untuk bekerja sendiri.

Jika anda ada idea untuk memulakan kerja part time, kemukakan di sini dan mulakan langkah pertama anda. Insya Allah jika saya ada petua yang sesuai, saya akan sumbangkan kepada anda. Yang sudah memulakan kerja part time boleh juga kemukakan pengalaman anda di sini.

Insya Allah anda akan berjaya jika anda mempunyai niat yang betul, melakukan kerja anda dengan betul dan pastikan ia HALAL dari segi syariah. Elakkan MLM, skim cepat kaya dan sistem kutu yang mungkin boleh menyebabkan modal anda hangus begitu sahaja.

Jika berminat untuk membeli Sate Ayam Padang Nenas boleh hubungi saya
Azlida 0139804508 (tel/whatsapp//sms)



Read More

July 18, 2013

Pelancar roket air murah di pasaran (pertandingan fizik)

Assalamualaikum, khas untuk peminat subjek fizik. Sekiranya anda mencari pelancar roket air yang efektif pada harga yang murah, anda boleh hubungi saya

Cikgu Azlida    (013-9804508)

atau perekaciptanya sendiri iaitu

Firdaus     (  014 5079074)

Boleh like Page Facebook Pelancar Roket Air


*** Bermula 2014, harga pelancar roket sudah dinaikkan daripada RM180 menjadi RM230. Harap maklum.
Read More

July 02, 2013

Tempahan Sate ayam mentah Kuala Terengganu/ Pembekal sate harga borong


Assalamualaikum. Saya menyediakan tempahan sate ayam mentah dan siap bakar untuk sebarang majlis keraian seperti majlis rumah terbuka, majlis hari lahir dan kenduri.  Sesiapa yang berminat untuk buat tempahan sate ayam mentah di sekitar Kuala Terengganu boleh menempah melalui SMS/ telefon ke nombor berikut : 
 013-9149645 (Ayie)   atau
 013-9804508 (Azlida - boleh whatsapp)

Details :


HARGA TEMPAHAN

Sate ayam mentah 100 cocok                              - RM 50

Sate ayam mentah 100 cocok + kuah kacang*        - RM 55

Sate ayam siap bakar 100 cocok                          - RM 60

Sate ayam siap bakar 100 cocok + kuah kacang*    - RM 65
 



* Setiap tambahan 1 bungkus kuah kacang untuk setiap 100 cocok- RM5
   Jika hendak menghidangkan nasi himpit, sebaik-baiknya perlu tambah sebungkus lagi kuah kacang.


Penghantaran boleh diuruskan jika melebihi 300 cocok di sekitar Kuala Nerus (Kuala Terengganu Utara sahaja).

*Untuk perayaan Aidilfitri, pelanggan perlu ambil sendiri sate yang ditempah di hadapan Masjid Padang Nenas selewat-lewatnya pukul 5.00 petang sehari sebelum Hari Raya.

Sila tempah 2 hari lebih awal sebelum dihantar.

Sate homemade.

Pengusaha kedai makan/ gerai sate yang berminat untuk mendapatkan bekalan sate ayam mentah juga boleh mendapatkan harga istimewa daripada kami. 
Kami sedia membekalkan sate ayam mentah pada harga borong. 

Page facebook kami :  Sate Ayam Padang Nenas

Read More

About Me

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed By Seo Blogger Templates